Afzan Valley

Langkah Mudah Selesaikan Masalah Error 4000 pada iTunes

Hai semua. Untuk entri kali ini, kami akan memberikan penyelesaian langkah mudah selesaikan masalah Error 4000 pada iTunes. Ada beberapa langkah mudah yang boleh anda dilakukan sendiri bagi mengatasi masalah ini. Teruskan membaca ya.

Ketika kami update iPhone kepada iOS yang terkini kelmarin, juga mengalami masalah error 4000 ini. Error 4000 ini sering berlaku disebabkan oleh software iTunes itu sendiri. Berkemungkinan aplikasi iTunes tidak di update kepada perisian yang terbaru. Selain itu, Error 4000 ini berlaku ketika anda update iPhone mungkin berpunca dari masalah sistem komputer anda.

Langkah pertama adalah langkah mudah selesaikan masalah error 4000 pada iTunes ini iaitu dengan update aplikasi iTunes pada komputer anda. Caranya sangat mudah. Anda boleh rujuk gambar seperti di bawah:

Langkah kedua yang boleh anda lakukan ialah semak semula kabel penyambung yang anda gunakan antara iPhone dan komputer. Kabel penyambung ini anda perlu menggunakan kabel pengecas dan data. Sekiranya anda menggunakan kabel penyambung pengecas sahaja, ia akan menyebabkan error 4000 ini akan berterusan. Kabel pengecas dan data yang berkualiti seperti gambar di bawah anda boleh dapatkannya di shopee.

Langkah terakhir yang anda boleh lakukan ialah dengan menutup sistem antivirus yang terdapat di dalam perisian komputer anda. Sekiranya langkah mudah selesaikan error 4000 pada iTunes ini masih juga tidak dapat selesaikan masalah anda, anda boleh hubungi juruteknik yang terdekat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share to...