Afzan Valley

3 Tips Pemilihan Cable Phone

 3 Tips Pemilihan Kable Pengecas Telefon Pintar

Untuk artikel kali ini, kami memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan kabel pengecas telefon pintar. Mungkin diluar sana sudah ramai yang mengetahui perkara asas ini, artikel ini istimewa untuk mereka yang masih belum cakna tentang hal ini.

 

Apa yang akan kami kupas adalah mengenai persoalan “bagaimana pemilihan anda membeli cable untuk charge phone? Adakah sesuai atau tidak kabel pengecas yang anda beli untuk telefon pintar anda?”. 

 

Anda perlu pastikan kabel engecas yang anda beli bersesuaian dengan spesifikasi telefon pintar anda.

3 tips ringkas ini adalah untuk anda!

Perkara pertama sekali yang akan kita bincangkan dalam 3 tips pemilihan kable telefon pintar adalah anda perlu memastikan bahawa anda tahu jenis sambungan kable pengecas bagi telefon pintar anda.

 

Ini adalah penting kerana di dalam pasaran semasa, kita mempunyai 3 jenis asas sambungan kable pengecas.

 

Sekiranya anda tidak mengetahui jenis kable pengecas telefon pintar anda, di dalam kotak pembelian telefon pintar anda mempunyai panduan mengenainya. Baca dengan teliti.

Jenis yang pertama adalah USB-A to USB-Micro. Kebanyakan telefon pintar Android (tahap pemula) menggunakan kable sambungan pengecas jenis ini. 

 

Jenis yang kedua, USB-A to USB Type-C digunakan oleh kebanyakan telefon pintar model baru.  

 

Dan akhir sekali, USB-A to USB Lightning. Kable pengecas jenis ini adalah untuk pengguna iPhone dan kebanyakan model iPad.

Perkara kedua yang akan kita bincangkan dalam 3 tips pemilihan kabel pengecas telefon pintar adalah berkenaan dengan arus elektrik.

 

Setiap telefon pintar mempunyai arus elektrik sambungan pengecas yang berbeza. Ada sesetengah telefon pintar yang mempunyai kapasiti bateri yang besar memerlukan kable pengecas ciri khas seperti fast charging. Kabel pengecas jenis ini hanya memerlukan antara 30 minit – 40 minit sahaja untuk pengecasan penuh.

 

Bagi telefon pintar model lama yang majoriti mempunyai kapasiti bateri yang kecil, hanya menggunakan kabel pengecasan biasa. 

 

iPhone misalnya, model iPhone 5 hingga  model iPhone 7 atau iPhone 7 Plus hanya memerlukan kable pengecas 5 watt sahaja . Akan tetapi, bagi pengguna iPhone 8 dan ke atas, kesemuanya memerlukan kable pengecas ciri khas yang menyokong sehingga 18 watt.

 

Untuk keadaan ini, anda perlu menggunakan plug pengecas yang menyokong 18 watt.

Perkara paling penting yang akan kita bincangkan dalam artikel 3 tips pemilihan kable pengecas telefon pintar adalah jaminan waranti.

 

Perkara ini ramai yang terlepas pandang kerana ia melibatkan kos. Ada sesetengah pengguna mempunyai bajet yang rendah untuk pembelian kabel pengecas dan ada juga sesetengah pengguna tidak kisah berhabis beratus ringgit untuk tujuan pembelian tersebut. Ia bergantung kepada individu tersebut.

 

Kebiasaannya kabel pengecasan telefon pintar yang berharga mahal menawarkan jaminan waranti sehingga 1 tahun. Kabel pengecas ini mempunyai kualiti yang tinggi dan dapat menyelamatkan telefon pintar anda daripada kebocoran arus elektrik.

 

Di pasaran kini, terdapat model kable pengecasan yang murah dah berkualiti tinggi. Model UGreen berharga bermula dari RM13 sahaja (KLIK DI SINI) malahan pula model kabel pengecas ini mempunyai piawaian MFi iaitu Made For iPhone.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share to...